Baru sahaja dilaporkan bahawa sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia maut dalam insiden letusan gunung berapi di White Island yang berlaku semalam.

Perkara ini disahkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand setelah dihubungi pihak berkuasa negara itu pada pagi tadi.

IMG_2966
HYPE
Jenama Qaysaa Jelajah Sepanyol, Pink La Muralla Roja Jadi Pilihan ‘Photoshoot’ Raya 2020
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, butiran peribadi mangsa masih belum dikenal pasti kerana siasatan masih dijalankan.

Sebelum ini, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden mengesahkan pelancong dari Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Malaysia merupakan antara mangsa yang hilang dan cedera berikutan ledakan gunung berapi tersebut.

Sumber: Astro Awani

Menurut laporan Astro Awani, dilaporkan bahawa ketika kejadian tersebut berlaku seramai 47 orang pelancong dilaporkan ke pulau tersebut. Namun, daripada jumlah tersebut, 5 terbunuh, 8 masih hilang, 31 orang masih dirawat di hospital dan tiga lagi dibenarkan keluar.

Untuk makluman semua, Gunung berapi White Island yang sememangnya menjadi tarikan utama pelancong meletus secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran, sekali gus menimbulkan ketakutan dan kebimbangan kepada ramai pengunjung.

Seorang pengguna Twitter, @sch memuat naik sebuah video yang memaparkan kejadian ketika gunung berapi tersebut meletus.

Diharapkan pelancong-pelancong yang masih hilang berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Dikepilkan beberapa artikel berkaitan gunung berapi yang mungkin menarik perhatian anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Anda Mungkin Mahu Meluncur Di Gunung Berapi Seperti Pengembara Malaysia Ini

Drone Ini Merakam Video Lahar Gunung Berapi Dari Jarak Dekat Dan Ianya Menakjubkan

Lokasi Tragedi Pelajar Terperangkap Di Gua Tham Luang Dibuka Semula Untuk Pelancong

 

 

Anda Mungkin Suka