Pastinya ini merupakan satu berita yang kurang baik buat anda yang gemar melancong ke luar negara. Sebelum ini, rang undang-undang levi perlepasan telah diluluskan dan kini, anda bakal dikenakan levi perlepasan mulai 1 September 2019 ini.

Anda akan dikenakan bayaran levi sebanyak RM8 hingga RM150 mengikut kelas penerbangan yang diambil. Jika anda terbang ke negara ASEAN, anda perlu membayar levi sebanyak RM8 jika anda berada dalam kelas ekonomi dan perlu membayar sebanyak RM50 jika berada dalam kelas lain.

21141830-lia_cover_1920x1200
HYPE
5 Sebab Kenapa Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Kini Jadi Tumpuan Kaki ‘Shopping’!
Baca lagi →
9918

Sumber: Google

Sementara itu, jika anda ke negara selain negara ASEAN, anda perlu membayar levi sebanyak RM20 jika berada dalam kelas ekonomi dan RM150 jika berada dalam kelas lain.

Akan tetapi, levi perlepasan ini tidak akan dikenakan kepada bayi dan kanak-kanak berumur 24 bulan atau berusia 2 tahun, dan penumpang yang transit tidak melebihi 24 jam. Jika anda cuba mengelak daripada membayar levi perlepasan ini, anda boleh dikenakan denda sebanyak RM1 juta.

Anda Mungkin Suka