Rakyat Malaysia mencatatkan angka tertinggi sebagai warganegara paling diberi tumpuan oleh kerajaan Australia selepas pendudukan secara haram di negara tersebut.

Tahun lalu sahaja, rakyat Malaysia telah menyumbang 11.8% dalam senarai merah, lapor Free Malaysia Today.

Bukan itu sahaja, Malaysia juga telah mendahului China dalam senarai merah dengan lebih 68,417 warganegara yang mempunyai masalah berbanding negara Sleeping Giant yang menyumbang kepada 58,724 rakyat.

Ini bermakna, peratusan yang dicatatkan Malaysia naik mendadak dengan 23.6% pada tahun ini. Manakala secara keseluruhannya, Malaysia memegang sebanyak 37.2% rakyat yang mempunyai masalah di sempadan.

Screenshot 2019-12-02 at 12.12.04 PM
The Australian

Laporan itu berkata 35,760 rakyat Malaysia berada dalam senarai itu kerana “mengesyaki niat yang lain” untuk mereka hadir ke Australia, sementara 12,934 disenaraikan kerana “hutang kepada komuniti”.

Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Australia turut menyatakan lebih 9,867 rakyat Malaysia tinggal lebih daripada apa yang telah ditetapkan manakala 1,350 pula ditangkap kerana menyalahgunakan visa.

Selain Malaysia, New Zealand berada di kelompok ketiga dengan peningkatan sebanyak 14.9% bagi 43,470 warganera mereka manakala India dan Britain melengkapkan senarai lima negara tertinggi.

Berikut adalah cerita lain mengenai Australia yang anda perlu tahu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Page’ Boikot Ini Kini Jadi Rujukan Untuk Cari Produk Halal Di Australia

Lihat Orang Australia Ini ‘Flying Kick’ Penunggang Skuter Di Bali

Pesuruhjaya Tinggi Australia Jawab Isu Gadis Dihalang ‘Boarding’ Ke Perth