Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) menyebut individu yang melanggar perintah kuarantin di rumah boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara bermula 18 Mac ini. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan semalam dalam satu sidang media khas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Peguam, Syazlin Mansor berkata kepada Sinar Harian bahawa hukuman itu adalah untuk kesalahan kali pertama. Bagi kesalahan kedua, penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tambah beliau lagi, kesalahan yang dilakukan secara berterusan akan dikenakan denda selanjutnya tidak lebih RM200 bagi tiap-tiap hari kesalahan berterusan.

Syazlin turut menjelaskan bahawa perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan COVID-19 berada di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Di dalam Seksyen 15(1) juga memperuntukkan kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa untuk memerintahkan individu diasingkan di rumah.

Seseorang yang diletakkan di bawah pengawasan dan pemerhatian perlu mematuhi segala perintah yang ditetapkan dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan seseorang itu dikenakan hukuman.

Ini adalah antara usaha kerajaan bagi mengurangkan penyebaran wabak COVID-19 yang diisytiharkan pandemik oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

Setakat hari ini, Malaysia telah mencatatkan 125 kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 553 kes.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Media Perancis Puji Cara Hidup Islam, Percaya Mampu Cegah COVID-19 Daripada Merebak

1,350 Banduan Di Brazil Melarikan Diri Selepas Sekatan Lawatan Dikenakan Akibat COVID-19

Rakyat Amerika Takut ‘Ancaman’ COVID-19, Siapkan Diri Dengan Senjata Api