Zafar Ahmad Abdul Ghani, berumur 51 tahun, seorang pelarian dan aktivis Rohingya. Selama tiga dekad, dia selalu merasakan bahawa Malaysia seperti rumahnya sendiri. Rasa ada kebaikan dan ketenangan di sini, namun semuanya berubah dan dia merasakan bahawa Malaysia yang sekarang adalah seperti sebuah penjara.

Selama hampir setahun, Zafar mengakui bahawa dia tidak pernah meninggalkan rumahnya, yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur. Keadaan ini berlaku selepas satu salah faham laporan yang tersebar di dalam talian, yang mendakwa bahawa Zafar menuntut agar dia diberikan status kewarganegaraan Malaysia. Sejak daripada kejadian itu, dia telah menjadi mangsa kecaman rakyat Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Maklumat yang salah ini telah mencetuskan gelombang yang membawa kepada kata-kata kebencian dan ancaman mati terhadap Zafar dan keluarganya. “Sehingga kini saya masih takut. Saya sudah lama tidak meninggalkan rumah atau melihat dunia luar,” kata Zafar yang sudah mempunyai tiga anak.

Sepanjang salah faham ini berlaku, Zafar telah menafikan bahawa dia menuntut untuk menjadi sebahagian daripada warganegara Malaysia atau menuntut hak sama rata. Dia juga telah membawa kes ini ke pengetahuan pihak polis, namun hingga kini, belum ada apa-apa tuduhan mahupun orang yang bertanggungjawab yang ditahan oleh pihak berkuasa.

11a3a619f6876c14d8c984c6639e4dec
Reuters

Untuk rekod, terdapat lebih 100,000 etnik Rohingya yang melarikan diri di Malaysia. Negara yang dianggap sebagai ‘mesra pelarian’ oleh Reuters ini popular di kalangan etnik Rohingya. Namun, sentimen kebencian terhadap pelarian Rohingya tiba-tiba naik mendadak selepas kumpulan ini dituduh penyebab kepada tersebarnya COVID-19 di Malaysia.

Ucapan kebencian dalam talian yang meminta untuk memerangi etnik Rohingya dan pendatang tanpa izin yang lain ini telah memberi kesan yang sama kepada Zafar, tambah-tambah lagi apabila dia adalah salah seorang pemilik organisasi hak etnik Rohingya di Malaysia.

Selepas kejadian salah faham atau fitnah itu, Zafar mengakui bahawa dia masih menerima panggilan dan mesej berbentuk ugutan di telefon bimbit atau akaun media sosialnya. Identiti dia dan keluarganya turut tersebar secara meluas di dalam talian sehingga ia menimbulkan isu keselamatan kepadanya.

Zafar, yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR),  difahamkan telah memohon untuk dipindahkan ke negara lain tetapi permintaannya ditolak setelah agensi itu mengatakan bahawa dia tidak memenuhi kriteria untuk penempatan semula.

222e1d9c250988a18eeeb8b32e5ee7b9 (1)
Reuters

Jurucakap UNHCR di Kuala Lumpur mengatakan melalui e-mel bahawa agensi itu tidak dapat mengulas lebih panjang mengenai kes terbabit. Keputusan penempatan semula bergantung pada pelbagai faktor, dan salah satu faktor adalah terletak pada mana-mana negara tuan rumah.

Zafar berkata, dia berharap agensi itu akan mempertimbangkan semula kesnya kerana dia tidak lagi merasa selamat di Malaysia. “Saya tidak dapat merehatkan badan, otak, dan hati saya. Saya menangis bertanya mengapa orang melakukan ini kepada saya.”

Kenapa masyarakat muslim Rohingya tidak sepatutnya ‘merayakan’ rampasan kuasa di Myanmar? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kenapa Masyarakat Muslim Rohingya Tidak Sepatutnya ‘Merayakan’ Rampasan Kuasa Di Myanmar?

Raih Sumbangan Berlebihan, Pelarian Rohingya Dilaporkan Jual Semula Agihan Bantuan Makanan

Kotor Dan Tidak Peduli, Dua Warga Rohingya Berniaga Air Tepi Jalan ‘Claim’ Jenama Orang Lain

Sumber