Sejak beberapa hari lalu, rakyat Malaysia telah menyuarakan rasa hati mereka untuk menyelamatkan sekolah Convent Bukit Nanas (CBN) yang berusia beratus tahun daripada pajakan tanah yang akan berakhir pada 6 September 2021.

Laporan mengenai penolakan kerajaan untuk tidak memanjangkan pajakan tanah sekolah terbabit bukan sahaja tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia, tetapi beberapa individu penting seperti mantan menteri Tan Sri Rafidah Aziz dan juga primadona negara, Vanidah Imran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

 

Beberapa ahli politik juga tampil untuk mempertahankan sekolah terbabit dengan alasan bahawa CBN sepatutnya menjadi salah satu simbol sejarah yang ada di negara kita.

Dan itulah yang cuba dilakukan oleh pihak kerajaan, dalam laporan MalaysiaKini, menurut Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, keputusan untuk tidak memperbaharui pajakan CBN adalah bertujuan untuk mengembalikan tanah itu kepada kerajaan agar dapat diwartakan sebagai sekolah kerajaan yang dibiayai sepenuhnya.

Pengarahnya, Datuk Muhammad Yasir menjelaskan bahawa dengan cara ini, CBN akan mendapat lebih banyak manfaat setelah menjadi institusi yang dibantu sepenuhnya oleh kerajaan.

Convent Bukit Nanas

CBN adalah sebuah sekolah yang dikhaskan untuk kaum wanita. Ia ditubuhkan pada tahun 1899 oleh tiga biarawati Kristian dari Kongregasi Biara Yesus Bayi Suci yang datang dari Singapura.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai 12 pelajar dan terus berkembang kepada 300 pelajar pada tahun 1911. Kini, sekolah dengan seni bina klasik ini telah diiktiraf sebagai salah satu institusi pendidikan terbaik negara.

CBN turut tersenarai dalam Sekolah Kluster Kecemerlangan Kementerian Pendidikan (KPM) dengan beberapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan prestasi terbaik.

Untuk rekod, antara alumni yang pernah menuntut ilmu di CBN adalah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, mantan Presiden Bar Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan, bekas atlet gimnastik negara Dr Farrah-Hani Imran dan ramai lagi.

Dakwa baju kurung sudah dilupai rakyat Malaysia, netizen bersatu tempelak ‘inisiatif’ minah salleh ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dakwa Baju Kurung Sudah Dilupai Rakyat Malaysia, Netizen Bersatu Tempelak ‘Inisiatif’ Minah Salleh Ini

UNESCO Iktiraf Silat Warisan Budaya Hak Milik Malaysia

Demi Buktikan Cinta Kepada Isteri, Lelaki Ini Beli Sebidang Tanah Di Bulan