Pelajar Malaysia yang menetap di Wuhan, China telah merayu kepada kerajaan Malaysia untuk membawanya pulang ke tanah air dan sanggup diasingkan asalkan di tanah air sendiri.

Ivan Yeo Zhi, seorang pelajar Universiti Geoscience China memberitahu Awani bahawa beliau sudah seminggu tidak keluar daripada asrama universitinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Biarpun bekalan makanan selalu dihantar oleh pihak Kedutaan Malaysia, namun ada beberapa kali beliau terpaksa meredah bandar ‘berhantu’ yang pernah riuh dengan 11 juta penduduk, hanya untuk mi segera.

Ivan memberitahu kepada Awani, sejak perintah berkurung dikuat kuasakan, produk makanan dari luar telah disekat kerana kesan daripada penularan virus.

Beliau turut terpaksa akur dengan beberapa larangan yang telah ditetapkan sepanjang perintah darurat berkuatkuasa.

Ivan turut menyampaikan rasa risau, cemas dan takut selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan semula wabak coronavirus sebagai merbahaya di negara China.

Biarpun beliau sering di hubungi oleh keluarga, tetapi untuk pulang dan berada bersama keluarga adalah satu-satunya harapan beliau biarpun jika terpaksa dikuarantin di hospital.

“Saya amat berharap kami dapat pulang ke Malaysia dan tinggal di hospital,” ujarnya.

Terdapat 78 rakyat Malaysia yang menetap di Wuhan. Mereka adalah dari golongan pelajar dan pekerja.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa kerajaan sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan China untuk membawa pulang rakyat Malaysia di sana.

Tetapi perkara ini hanya akan berlaku jika China memberi kebenaran,”kita ingin berbincang dengan kerajaan China supaya rakyat Malaysia yang tak sakit boleh balik ke Malaysia dan mereka akan diperiksa apabila sampai ke Malaysia.” kata Mahathir kepada Awani.

Kerajaan bercadang untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang sihat ke tanah air dengan syarat mereka akan menjalani prosedur saringan dan dikuarantin selama 14 hari sebaik sahaja dibawa pulang.

Bagi anda yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut apa yang berlaku di Wuhan. Klik pautan di bawah.

Wuhan Bertukar ‘Ghost Town’ Kerana Wabak Coronavirus

China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus

2 Hari Ubah Suai Bangunan Lama, Hospital Coronavirus Di China Siap Sedia Beroperasi

Sumber