Semalam seluruh dunia dikejutkan dengan berita Pakistan menembak jatuh dua pesawat pejuang India di kawasan gencatan senjata iaitu di Kashmir.

Berikutan dengan ketegangan konflik di antara India dan Pakistan, Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan kepada rakyat Malaysia untuk menangguhkan perjalanan ke dua negara tersebut buat sementara waktu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

p0724dhr

Melalui kenyataan yang sama, Wisma Putra berkata sebagai negara yang mempunyai hubungan rapat dengan kedua-dua negara, Malaysia menasihatkan kedua-dua negara untuk mengadakan dialog dan rundingan semula untuk mencari jalan penyelesaian. Kenyataan ini dikeluarkan selaras dengan harapan Malaysia yang mahukan hubungan yang aman dan stabil di peringkat antarabangsa.

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah mengeluarkan amaran perjalanan ke laluan Utara India dan meletakkan pesawat laluan tersebut dalam pemantauan ketat. Malah penerbangan India Airlines dilaporkan telah menghentikan penerbangan di laluan bandar utama Utara India.

Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan untuk terus menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi pada talian +911124159300 atau +919319150306 (selepas waktu pejabat) manakala talian Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad pada talian +95212072900 atau +923000808549 (selepas waktu pejabat).

Sumber