Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video warga Malaysia yang mengajar isteri minah salihnya bahasa Melayu. Ramai yang berasa terhibur dengan video tersebut dan mula mengikuti YouTube channel Kumaar Family.

Terbaharu, YouTube channel Kumaar Family sudah mencecah 100 ribu pengikut dan bagi meraikan kejayaan tersebut, mereka telah membuat sesuatu yang istimewa. Mereka telah membeli 100 sandwich Subway dan edarkan kepada para gelandangan berdekatan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video tersebut, dapat dilihat wajah gembira para gelandangan yang menerima sandwich tersebut. Malah, para gelandangan turut mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Lantaran itu, rata-rata netizen memuji tindakan keluarga Kumaar dan berasa bangga akan ‘vibes’ positif serta kebaikan yang dikongsi. Malah, para netizen juga mendoakan Kumaar sekeluarga sihat selalu dan keluarga mereka boleh dijadikan sebagai ‘role model’.

https://twitter.com/nrlkmar/status/1349618374892916737

Terbaiklah, semoga sentiasa menghasilkan konten-konten menarik untuk para pengikut dan sebarkan kebaikan di luar sana. Apakah pendapat anda akan keluarga Kumaar ini?

Sementara itu, klik pautan di bawah untuk baca artikel-artikel menarik di The Vocket.

‘Ajar Maksud Kura-Kura Pun Rumit’- Video Rakyat Malaysia Bersama Isteri Minah Salih Buat Netizen Terhibur

Kisah Anak Seorang Pemandu Teksi Jadi Billionaire Terbaharu Di Malaysia