Seorang rakyat Malaysia mengaku dibayar dengan harga yang tinggi semasa beliau menjalani latihan industri di salah sebuah syarikat di Hong Kong, lapor halaman Instagram Malaysianpaygap.

Menurut catatan itu, beliau merupakan pelatih aktuari dari Malaysia yang kini sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat besar di sana dengan bayarab HKD 12,000 iaitu hampir RM7,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dia memulakan langkahnya ke sana selepas berjaya mencatat keputusan yang baik dalam SPM dan telah ditawarkan peluang yang lebih baik oleh kerajaan Hong Kong.

Namun di sebalik gaji yang tinggi, beliau berkata bukan mudah untuk bekerja di Hong Kong kerana budaya kerja di sana sangat pantas.

Beliau juga menekankan kepentingan bahasa Mandarin, kerana banyak organisasi atau syarikat di sana mengharapkan kakitangan mereka berbahasa Mandarin dengan baik, walaupun tinggal di negara berbahasa Kantonis.

Walaupun mempunyai kelebihan bahasa, beliau mengesyorkan sukatan pelajaran Malaysia perlu dikemas kini seperti di Hong Kong seperti memberi lebih perhatian kepada subjek sains seperti statistik dan kalkulus.

Beliau juga menyarankan agar pelatih dan graduan baru untuk belajar bersungguh-sungguh dan bekerja di luar negara untuk meluaskan pengalaman mereka.