Hari ini, Netflix melancarkan antara muka pengguna (UI) dalam Bahasa Melayu. Pilihan terbaru ini membolehkan pelanggan di Malaysia mengatur UI, membaca judul serta sinopsis, dan menonton rancangan serta filem dengan sari kata dan alih suara Bahasa Melayu.

Netflix dalam kenyataan mereka menyatakan bahawa pelanggan seharusnya diberi pilihan sendiri untuk mengawal keseluruhan pengalaman mereka. Ia akan memberi peluang kepada pelanggan Netflix untuk menikmati rancangan kegemaran mereka dalam Bahasa Melayu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pilihan Bahasa Melayu bakal memberikan pelanggan lebih banyak fleksibiliti kerana mereka boleh menukar profil ke Bahasa Melayu melalui menu pilihan Bahasa di bahagian ‘Pengurusan Profil’ di dalam komputer peribadi, TV atau pelayar mudah alih.

Netflix menawarkan pengalaman serba lengkap dalam Bahasa Melayu, daripada daftar masuk hinggalah ke ruangan carian, kutipan dan pembayaran untuk semua peranti.

Selain itu, pelanggan Netflix juga boleh menetapkan sehingga lima profil untuk setiap akaun, dan setiap profil berkenaan boleh mempunyai tetapan bahasanya yang tersendiri. Pelanggan Netflix di luar Malaysia juga diberi kebebasan untuk menukar ke Bahasa Melayu.

Tambahan daripada itu, Netflix sentiasa tampil dengan cerita-cerita menarik untuk tontonan antarabangsa seperti rancangan komedi terbaharu Dr. Jason Leong: Hashtag Blessed. Ia menampilkan Dr. Jason Leong seorang doktor Malaysia yang kini telah bertukar karier menjadi pelawak. Selain itu, filem komedi romantik terbaru karya Adrian Teh, Pasal Kau! juga bakal menemui semua pelanggan di Malaysia.

Rancangan dan filem di platform Netflix  seperti Stranger Things, The Witcher, Kingdom, The Umbrella Academy, turut didatangkan dengan sari kata Bahasa Melayu.

Terdahulu, filem One Two Jaga kembali panas di Netflix gara-gara kes abang burger. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kerana Kes Abang Burger, Filem One Two Jaga Kembali ‘Panas’ Di Netflix

Tonton Trailer Rasmi Siri Netflix ‘The Umbrella Academy 2’

Netflix Rendahkan Kualiti Video Di Malaysia Sepanjang April