Rakyat Malaysia di Singapura yang tinggal dan bekerja di sana menceritakan pengalaman mereka yang sudah mula diberi vaksin COVID-19 yang dicipta oleh Pfizer-BioNTech, lapor media tempatan.

Pengalaman mereka ini dikongsi di laman media sosial Facebook bertajuk ‘Malaysia-Singapore Border Crossers’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dipetik dari Bernama, salah seorang warganegara Malaysia, Imra Astata Ibrahim mengatakan bahawa dia tidak teragak-agak untuk mendapatkan vaksin bersama dengan 10 orang rakannya yang lain.

Imra yang tinggal di Jurong West menjelaskan bahawa dia dan rakan-rakannya telah diberi maklumat yang terperinci mengenai kemungkinan kesan sampingan vaksin.

“Sejauh ini, saya dan rakan saya berada dalam keadaan sihat setelah menerima suntikan. Pada hari pertama, saya rasa sedikit kebas dan sakit di kawasan suntikan,” kata Imra.

Imra menambah bahawa dia menerima suntikan pertama pada 13 Januari dan akan menerima dos kedua setelah 21 hari. Dia berharap agar vaksin ini akan memudahkan semua orang terutamanya rakyat Malaysia yang harus berulang-alik antara Johor dan Singapura.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura (KKM), sektor pembinaan, laut dan pemprosesan serta pekerja migran berada dalam senarai kumpulan yang diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19.

Pekerja migram telah dikenal sebagai kumpulan yang berisiko tinggi untuk menyebarkan COVID-19 dan vaksin yang diberikan kepada mereka adalah percuma, kata Menteri Luar Negeri Vivian Balakrishnan seperti yang dikutip oleh CNCB Asia.

Menurut Vivian, “Dari perspektif profesional dan perubatan, manusia yang tinggal di Singapura adalah orang yang sama-sama berisiko dijangkiti atau menjangkiti orang lain. Oleh itu, inilah sebab mengapa kita tidak melakukan diskriminasi berdasarkan kewarganegaraan, bagi semua orang yang tinggal dan bekerja di Singapura. ”

Vivian menambah, “Kami telah mengumumkan [bahawa vaksin] akan diberi secara percuma. Untuk menjawab soalan anda mengenai TKA [pekerja asing], mereka akan mendapat akses kepada vaksin dengan syarat yang sama seperti rakyat tempatan, yang bermaksud percuma, dan keutamaannya adalah berdasarkan risiko dan keperluan.”

Vaksin COVID-19, kerajaan tanggung kos RM77.35 bagi setiap rakyat Malaysia. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Vaksin COVID-19, Kerajaan Tanggung Kos RM77.35 Bagi Setiap Rakyat Malaysia

3,000 Sukarelawan Diperlukan Untuk Ujian Vaksin COVID-19 Di Malaysia

‘Jika Anda Bertukar Menjadi Buaya Itu Masalah Anda’, Presiden Brazil Beri Amaran Kesan Sampingan Vaksin