Disaat rakyat marhaen masing-masing berusaha keras untuk memiliki hartanah pertama berikutan harganya yang tinggi, lain ceritanya dengan golongan elit di Malaysia yang dilaporkan menguasai pemilikan hartanah di London.

Siapa sangka, firma Singapura yang membangunkan perumahan mewah di 100 Sydney Street, Chelsea kini sudah dimiliki lebih separuh pembeli dari Malaysia.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Menurut NST, difahamkan projek pembangunan mewah ini menawarkan apartment dua hingga tiga bilik dengan harga permulaan sekitar £5.75 juta (RM31.43 juta). Projek pembangunan hartanah mewah ini terdiri daripada tujuh apartment dan sebuah penthouse.

sydney-street-2

Sumber: cdlhomes

100-sydney-street-360-n

cdlhomes

sydney-street-4

cdlhomes

Difahamkan lokasi 100 Sydney Street yang berada di kawasan pengajian tinggi serta turut memiliki jumlah pelajar Malaysia yang ramai antara yang membuatkan pembeli dari Malaysia berminat untuk memilikinya.

Minat mendalam golongan elit di Malaysia dalam memiliki hartanah di London sama ada untuk mendiami atau sebagai pelaburan sekaligus menunjukkan UK masih mampu menarik para pelabur meskipun mengundurkan diri daripada kesatuan Eropah.

Lain ceritanya di Malaysia dimana rumah mewah yang tidak terjual di Malaysia sedia ditawarkan kepada pembeli China dan Hong Kong. Turut dikongsikan, Johor mencatat jumlah hartanah tidak terjual yang tinggi di Malaysia.

Rumah Tidak Terjual Di Malaysia Bakal Dijual Kepada Pembeli China Dan Hong Kong

Johor Catat Jumlah Hartanah Tidak Terjual Tertinggi Di Malaysia

Anda Mungkin Suka