Siapa sangka disaat kita menyangka aplikasi Waze sudah menjadi medium utama dan digunakan majoriti Rakyat Malaysia, keputusan hasil undian Rakyat Malaysia menunjukkan sebaliknya.

Semuanya bermula apabila Facebook Page Wiser.my yang merupakan sebuah portal gadget berkongsi memuat naik sebuah status undian melibatkan 43,000 responden.

IMG_7119
HYPE
Keunikan Rasa Asli ‘Grilled Butter Chicken’ Yang Memukau Di The Chicken Rice Shop
Baca lagi →

Jom setel benda ni once and for all. Mana satu patut semua orang guna untuk navigation?

Posted by Wiser.my on Sunday, 8 September 2019

Berdasarkan hasil undian, dapat dilihat 65% pengguna lebih gemar menggunakan Google Maps berbanding Waze. Keputusan ini juga telah mengejutkan ramai setelah disangka Waze merupakan medium yang digunakan majoriti pengguna.

Difahamkan Google Maps dipilih kerana sistemnya yang dikatakan ‘lebih boleh diharap’ berbanding aplikasi Waze. Aplikasi Waze pula dilihat lebih baik dari segi penawaran real time traffic yang membolehkan orang mengetahui situasi semasa menerusi jumlah komuniti yang tinggi.

Meskipun undian ini cuma melibatkan sejumlah kecil Rakyat Malaysia, namun keputusan pemilihan Google Maps 65% tetap membuatkan orang ramai teruja. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda pengguna setia Google Maps atau Waze?

Kami kongsikan kepada anda beberapa artikel mengenai Waze. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Waze Mula Memaparkan Kadar Tol Untuk Memudahkan Pengguna

Guna Suara Anak Pada Aplikasi Waze, Bapa Ini Curi Perhatian Netizen

Dian Sastro Dipilih Sebagai Panduan Suara Waze

Anda Mungkin Suka