Polis Bali mengumumkan semalam bahawa dua warga asing pertengahan usia berada dalam senarai paling dikehendaki atas dakwaan terlibat dalam kes penipuan dan penyelewengan, lapor Bali Post.

Pengarah Unit Jenayah Polis Bali Surawan mengenal pasti dua lelaki itu, menggunakan inisial mereka, sebagai MSS berusia 48 tahun dari Malaysia dan KCH berusia 56 tahun dari UK. Pasangan itu didakwa menipu seorang pengusaha hotel Tangerang sehingga kerugian berbilion rupiah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Andi dilaporkan melabur di sebuah hotel yang tidak dinamakan di Badung pada 2017 yang diuruskan oleh dua warga asing tersebut. Bagaimanapun, selepas menyedari tiada keuntungan yang diperoleh sejak projek itu dijalankan selama bertahun-tahun, Andi dengan inisiatifnya sendiri melakukan audit kewangan dan mendapati IDR89 bilion (RM25 juta) telah diseleweng.

Hasil siasatan Andi ini telah diserahkan kepada pihak berkuasa pada 20 Oktober yang lalu.

Polis berkata bahawa pihaknya sudah beberapa kali menghubungi kedua suspek ini. Malah, MSS dan KCH juga tidak mengendahkan saman daripada polis untuk disoal siasat. Polis juga telah berkunjung ke alamat kediaman mereka di Kuta Utara, namun mereka tidak ditemui sana.

“Kami masih menyiasat kes itu,” kata Surawan.

Di bawah undang-undang Indonesia, kedua-dua lelaki warga asing tersebut mungkin berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun kerana penipuan.