Sebut sahaja tentang ‘Wawasan 2020’ pastinya ramai yang membayangkan individu penting yang memperkenalkannya iaitu Tun Mahathir sendiri. Misi yang disebutkan sewaktu menjadi Perdana Menteri Keempat Malaysia ini sedikit sebanyak berjaya menjadi pemangkin buat Rakyat Malaysia.

Mengulas mengenai status negara maju menjelang tahun 2020, Tun Mahathir yang berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua mengatakan misi ini bukan tidak tercapai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

tun-m-1200×800

Perkara ini dikatakan berlaku disebabkan pentadbir yang diberikan amanah dalam kerajaan sebelum ini ‘terlupa’ mengenai tujuan sebenar mengapa mereka diberikan kuasa.

Walaubagaimanapun, Tun Mahathir tetap positif dengan status negara maju dimana ianya boleh dicapai selagi mana rakyat beserta para pemimpin komited dan ikhlas dalam melaksanakan tugas yang diberi.

Sumber