Rakyat Malaysia dilihat telah hilang kepercayaan terhadap hala tuju negara disebabkan ketidakpastian ekonomi dan politik, lapor Free Malaysia Today.

Kajian yang dibuat oleh Merdeka Center menunjukkan 26% rakyat Malaysia berfikiran bahawa negara berada di landasan yang betul manakala 61% lagi merasakan bahawa negara seolah tiada masa hadapan.

Kebimbangan ekonomi menjadi punca nombor satu dalam senarai masalah terbesar yang dihadapi oleh negara ini, dengan 61% daripada mereka yang ditinjau.

Sebagai tindak balas kepada laporan Merdeka Center, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi akan lebih baik pada tahun ini.

direction-of-the-country-merdeka-centre-pic-050120-1
Merdeka Center

 

Beliau menyenaraikan lima faktor untuk ekonomi yang lebih baik, di antaranya harga komoditi yang lebih tinggi dan perbelanjaan kerajaan yang lebih besar.

Masalah lain yang disebutkan dalam kaji selidik itu termasuk isu-isu perkauman dengan 7.5% – kepimpinan politik (4.2%), sosial dan keselamatan awam (3.1%) dan politik (1.5%).

Lima isu yang menjadi kebimbangan kepada mereka adalah inflasi (53.1%), peluang pekerjaan (22.2%), rasuah (20.8%), hak Melayu dan keadilan pada semua kaum (20.5%) dan ketidakstabilan politik (17.5% ).

Perbezaan kaum juga menjadi punca kenapa 16% orang yang ditinjau kurang yakin dengan hala tuju negara. Sementara pentadbiran dan kepimpinan kerajaan yang lemah disebut 14% dan 13% responden.

Namun walaupun dengan ketidakyakinan masa hadapan negara. Rakyat Malaysia masih boleh berbangga dengan beberapa pencapaian lain yang dicapai diperingkat antarabangsa. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dokumentari Dua Penerbit Malaysia Berjaya Disenarai Pendek Untuk Oscar 2020

Tonton Episod Great Big Story Khas Buat Penggusti Hijab Dari Malaysia, Nor ‘Pheonix’ Diana

Malaysia Tawarkan Pengecualian Visa Buat Pelancong China Dan India Bermula Tahun Hadapan