Sejak akhir-akhir ini, hangat dibincangkan mengenai jurang pendapatan yang diraih golonga B40, M40 dan T20. Malah, jurang pendapatan ini secara tidak langsung melabelkan status kewangan sesebuah isi rumah.

Dalam pada itu, menurut hasil laporan kekayaan firma hartanah Knight Frank, seseorang individu di Malaysia berpeluang menyertai kumpulan 1% terkaya negara apabila memiliki aset bernilai $485,000 (~RM2.24 juta).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, laporan ini turut meramalkan negara Malaysia bakal mempunyai 164,839 individu dalam kelompok 1% terkaya menjelang tahun 2027 menjadikan Malaysia antara 10 negar terpantas yang meningkatkan status kekayaan individu bagi tempoh 2022 sehingga 2027.

Sumber: Time Out

Antara sektor atau industri yang menjadikan seseorang berada dalam kelompok 1% terkaya ini didorong oleh sektor perubatan, logistik, teknologi, hospitaliti, kewangan serta hartanah.

Penglibatan pelaburan pada hartanah kediaman tempatan dan antarabangsa dilihat menjadi antara kunci dalam meningkatkan aset seseorang..

Dalam pada itu, laporan ini turut memaklumkan untuk seseorang menjadi kaya di Malaysia lebih mudah berbanding di Singapura di mana seseorang ini memerlukan aset sekitar $3.5 juta (~RM16.1 juta) untuk berada dalam kelompok 1% terkaya negara tersebut.

Sumber