Rakyat Malaysia jelas terkejut dengan kos penyelenggaraan Istana Negara selepas didedahkan bahawa sebuah syarikat ditawarkan kontrak bernilai RM519 juta untuk projek itu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam maklum balas terhadap artikel yang dikeluarkan oleh World Of Buzz sebelum ini menjelaskan bahawa jumlah tersebut adalah untuk tempoh tujuh tahun yang akan berakhir bulan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambah JKR lagi, skop kerja itu merangkumi kawasan seluas 241.3 ekar dan melibatkan beberapa komponen utama serta dilaksanakan mengikut garis panduan kerajaan mengenai penyelenggaraan bangunan.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan adalah perlu kerana Istana Negara mewakili kedaulatan dan identiti negara.

Rakyat Malaysia di media sosial khususnya mempersoalkan penggunaan wang yang begitu besar di tengah-tengah situasi negara yang sedang bergelut dengan kenaikan harga barang dan ekonomi yang tidak memberangsangkan.

Kebimbangan rakyat Malaysia sebenarnya munasabah untuk diperbincangkan kerana wang tersebut boleh digunakan untuk pelbagai jenis pembangunan contohnya membina universiti, hospital atau membina satu sistem untuk mengelak banjir yang kini sering terjadi di Kuala Lumpur.

Selain itu terdapat kebimbangan dengan kos yang semakin meningkat di mana pada tahun 2015, nilai kontrak penyelenggaraan hanya RM82 juta, tetapi tujuh tahun kemudian ia telah meningkat kepada RM519 Juta iaitu 5 kali ganda.

Perlu dititikberatkan bahawa kos ini adalah melibatkan wang pembayar cukai dan bermaksud ia adalah wang rakyat.

Menurut The Rakyat Post, syarikat yang memegang kontrak penyelenggaraan ini ialah syarikat pemegangan pelaburan awam yang terlibat dalam aktiviti pembinaan dan perkhidmatan pengurusan kemudahan bersepadu.

Ia telah aktif dalam perniagaan sejak 90-an dan kini telah mempelbagaikan ke dalam banyak sektor seperti pembinaan, pengurusan kemudahan.

5 fakta menarik mengenai Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

5 Fakta Menarik Mengenai Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah

7 Fakta Menarik Istana Syarqiyyah Di Terengganu

‘YouTuber’ Ditegur Pihak Berkuasa Selepas Cuba Agihkan RM10,000 Di Hadapan Istana Negara