Angka rakyat Malaysia menyeberang ke Temasek untuk melakukan kerja dalam masa sehari makin bertambah dari semasa ke semasa.

Disebabkan jurang gaji yang begitu besar di Singapura dan faktor matawang yang tinggi telah menjadi sebab mengapa sesetengah rakyat Malaysia sanggup untuk melakukan apa sahaja kerja di negara jiran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk rekod, Bloomberg melaporkan hampir sejuta rakyat Malaysia sanggup untuk berkerja di negara jiran kerana gaji yang ditawarkan lima kali ganda lebih tinggi.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran menyatakan bahawa rakyat Malaysia sanggup untuk melakukan apa sahaja kerja di Singapura termasuk di dalam sektor ‘kerja 3D – dirty, dangerous, difficult.

Sambil di negara sendiri, rakyat Malaysia dilihat bergantung harap kepada warga asing dari Bangladesh, Myanmar atau Indonesia untuk melakukan kerja 3D yang mereka tidak berminat untuk lakukan – kebanyakkannya disebabkan gaji yang ditawarkan sedikit.

Trend ini telah meninggalkan kerajaan dengan satu pilihan iaitu mencari tenaga kerja dari kalangan warga asing bagi menampung sektor pertanian dan pembanggunan yang dirujuk oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai ‘ketagihan kepada buruh asing dalam tenaga kerja berkemahiran rendah’

Untuk rekod, industri pembinaan telah mengupah hampir 1.2 juta warga asing  mengikut laporan Master Builders Association Malaysia (MBAM).

Salah satu inisiatif yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam menangani isu ini adalah dengan memberi insentif tambahan kepada gaji bulanan sebanyak RM500 kepada warga tempatan yang bekerja di dalam sektor 3D dan RM250 untuk majikan mereka.

Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan hampir 130,000 pekerja asing dalam masa lima tahun di Malaysia.

Biarpun begitu, bagi MBAM, langkah ini dilihat tidak akan memberi kesan yang besar dalam mengurangkan jumlah pekerja asing, kerana ramai pekerja asing yang bekerja dalam sektor di mana rakyat Malaysia tidak berminat untuk bersaing atau mengambil bekerja.

Berikut adalah cerita lain mengenai sektor perkerjaan yang perlu anda tahu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

200,000 Graduan Di Malaysia Tidak Mempunyai Pekerjaan Ketika Ini

Pensyarah Label Pekerjaan ‘Runner’ Tidak Bermaruah Undang Kemarahan Netizen

Insentif #MalaysiaKerja Diperkenalkan Tawar Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia