Pasangan YouTuber Jepun yang mempunyai ramai peminat warga tempatan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada negara ini.

Setelah 2 tahun menetap di Malaysia, Chang RM dan pasangannya Jimmy terpaksa meninggalkan negara ini setelah visa pelancong mereka tamat tempoh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mereka dikenali oleh rakyat Malaysia kerana membuat kandungan yang mempamerkan budaya Malaysia dan mereka juga pernah tular kerana berkongsi rezeki dengan bersedekah nasi lemak percuma semasa berada di Hong Kong pada bulan Ramadhan.

Dalam video menyayat hati yang dikongsi di YouTube, mereka menjelaskan bahawa mereka telah mencapai had visa pelancong selama 180 hari.

“Visa pelancong untuk pemegang pasport Jepun, kami dibenarkan tinggal 90 hari setiap lawatan dan 180 hari setiap tahun. Itu peraturan untuk pelawat Jepun, di Malaysia sebagai pelancong.”

“Dan esok, kami akan meninggalkan Malaysia kerana kami mencapai 180 hari di sini. Jadi, kami perlu meninggalkan Malaysia,” kongsi Jimmy.

Mereka juga telah mencuba inisiatif kerajaan untuk kekal di Malaysia tetapi malangnya, ia tidak berjaya kerana prosesnya yang lama.

“Oktober lalu, Malaysia mengumumkan program yang dipanggil ‘De Rantau Nomad Pass’. Apabila kami mendengarnya, kami sangat gembira. Kami seperti ‘ini untuk kami, ini dia!’. ‘Pencipta Digital’ merupakan sebahagian daripada program, kami sangat teruja.”

“Kami memohon secepat mungkin. Kami balik ke Jepun, kumpul semua dokumen. Dan kemudian kembali ke Malaysia semula. Tetapi nampaknya ia mengambil masa yang lebih lama. Ia perkara baru, ia adalah program baru di Malaysia jadi ia mengambil masa yang lebih lama daripada jangkaan.” Jimmy menambah.

Sepanjang video tersebut, kelihatan kedua pasangan tidak dapat menahan sebak kerana terpaksa meninggalkan negara.

Video terbabit telah mendapat reaksi pelbagai daripada netizen. Secara keseluruhan, kesemua rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada YouTuber Jepun tersebut yang banyak membuat kandungan yang bercirikan Malaysia.