Rakyat Malaysia sudah mula mengucapkan selamat jalan dan bernostalgia dengan kenangan apabila stesen televisyen ntv7 yang dikendalikan oleh Media Prima difahamkan akan bertukar menjadi DidikTV yang mula bersiaran Rabu ini.

The Vocket sebelum ini melaporkan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijadualkan merasmikan DidikTV pada pukul 8 pagi hari Rabu minggu ini – hari pertama saluran itu akan bersiaran kepada umum.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain DidikTV, beberapa lagi saluran yang turut menyediakan waktu penyiaran (airtime) secara percuma bagi tujuan PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) antaranya TV OKEY RTM, ASTRO TUTOR 601 & 602.

Pihak The Vocket cuba mendapat maklum balas dari Media Prima mengenai berita ini namun masih belum ada jawapan. Bagaimanapun, rakyat Malaysia sudah mula mengimbau kenangan mereka membesar bersama ntv7.

“Selamat tinggal ntv7. Saya akan sentiasa menghargai masa saya menonton Crayon Shin Chan dan Doraemon setiap waktu magrib pada hari Sabtu. Dan juga digimon pada pagi Ahad,” kata Ismeth A. Shamsuddin.

“Terima kasih ntv7 untuk Seekers Show, Kamen Rider, Ultraman, Rrayon Shin Chan dan Doraemon. Waktu dulu yang sangat baik,” kata Hakim Azman.

Selain itu, beberapa pekerja dan bekas hos ntv7 turut sama meluangkan masa untuk mengucapkan selamat jalan buat stesen televisyen ini, antaranya adalah Sarimah Ibrahim.

“Selamat tinggal ntv7malaysia. Saya memulakan karier TV saya di sini, menjadi pengacara untuk Pelancaran ntv7 [pada] 7 April 1998 bersama Rosyam Nor dan Hairie Othman, kemudian menjadi pengacara untuk Kids@7, The RIM Chart Show, Siri TV Maka Diciptannya Perempuan, Bella Talk Show dan banyak lagi,” katanya

“Kerja pertama saya adalah bersama ntv7. Semasa saya di sana, saya adalah pengurus jenama untuk kids@7 pada masa itu. Tugas saya adalah untuk menentukan program apa yang akan diperoleh, jadi [kena] menonton banyak kartun! Slam Dunk, krayon shin Chan, samurai X, Cardcaptor Sakura,” kata Mai Fernandez.

Bagaimanapun, sebahagian daripada netizen menyatakan bahawa ini adalah perkara yang baik untuk ntv7 kerana sejak akhir-akhir ini, stesen televesiyen itu menyiarkan program yang kurang menarik.

Sebahagian daripada rakyat Malaysia yang lain terus menuntut agar Media Prima menjelaskan apakah DidikTV akan mengakhiri hayat ntv7, dengan Khairul Nizam Rahmat mengatakan bahawa dia keliru dengan situasi ini.

“Apakah ntv7 diganti dengan DidikTV? ntv7 berada di bawah Media Prima, bukan? Adakah ini bermaksud Media Prima menyerahkan stesen TV itu kepada kementerian pendidikan? ” katanya di Facebook seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today.

DidikTV yang akan bersiaran pada Rabu ini akan menyiarkan kandungan pendidikan yang disesuaikan untuk para pelajar dari jam 7 pagi hingga tengah malam setiap hari.

Untuk rekod, ntv7 bermula sebagai saluran komersial milik swasta pada tahun 1995 sebelum diambil alih oleh Media Prima pada tahun 2005 dan bergabung dengan stesen komersial yang lain.

Kemaskini; melalui laporan yang dikeluarkan The Edge, Media Prima Group Bhd telah memberi jaminan bahawa ia tidak akan menutup saluran televisyennya ntv7.

“Ntv7 tidak akan dimatikan. DidikTV KPM (DidikTV Kementerian Pelajaran Malaysia) adalah kolaborasi komersial strategik antara Media Prima dan KPM untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti kepada pelajar di seluruh negara, ” kumpulan media itu berkata dalam jawapan bertulis kepada The Edge.

KPM tambah slot program TV Pendidikan di DidikTV@NTV7 khusus untuk calon SPM. Klik pautan di bawah untuk membaca.

KPM Tambah Slot Program TV Pendidikan Di DidikTV@NTV7 khusus Untuk Calon SPM