“Hadiah Raya Buat Rakyat Malaysia”

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Di saat rakyat Malaysia bersiap sedia menyambut Aidilfitri, seorang insan bernama Abdul Baki Abu Bakar berjuang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Beliau telah terpilih dalam senarai 30 penulis khat terbaik dari seluruh dunia untuk menyalin semula mushaf Al Quran edisi khas kerajaan UAE.  tulisan-khat-9

tulisan-khat-8

tulisan-khat-7

tulisan-khat-6

Setiap juzu Al Quran dibahagikan terlebih dahulu kepada setiap penulis 2 bulan sebelum dan diserahkan kembali pada majlis penyerahan yang berlangsung pada 28 Jun – 3 Julai di Dubai pada Ramadhan yang lalu.

Ditanya cabaran yang dilalui pada penyertaan kali ke 2 beliau, pada kali ini penulisan Al Quran telah diminta menggunakan khat klasik jenis Muhaqqak bersaiz 2mm dan Raihani bersaiz 1mm yang telah digunakan pada penyalinan mushaf zaman kerajaan Abbasiyyah.

Kajian yang rapi perlu dilakukan supaya jenis khat yang betul digunakan dalam penyalinan mushaf agar ia mengikut gaya tokoh-tokoh terdahulu.

tulisan-khat-1

tulisan-khat-4

tulisan-khat-5

tulisan-khat-11

tulisan-khat-12

tulisan-khat-10

Selain daripada itu, sewaktu keberangkatan beliau ke Dubai tempoh hari ia turut membawa berita gembira juga buat rakyat Malaysia.

Beliau telah mengharumkan nama Malaysia dalam memenangi pertandingan seni khat antarabangsa di Arab Saudi sempena ulang tahun sambutan Souk Ukaz (sebuah tempat bersejarah di Arab Saudi).

Insyallah dalam pertengahan bulan Ogos ini beliau akan dijemput khas ke Arab Saudi untuk menyertai majlis penyampaian hadiah disana.

Dengan memenangi tempat pertama, ianya membuka mata masyarakat Arab bagaimana peserta daripada Asia Tenggara boleh memenangi pertandingan tersebut.

Semoga pencapaian beliau menjadi inspirasi buat semua penggiat seni khat tanah air khususnya serta masyarat secara umumnya turut menyanjungi tulisan jawi yang menjadi warisan kita.

Artikel di atas disumbangkan oleh Ali Gaban. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group