Disaat Malaysia dibanjiri dengan imigran yang hadir dari pelbagai negara, Rakyat Malaysia juga antara yang turut menjadi imigran tertinggi di negara luar.

Berdasarkan laporan terbaru yang dikeluarkan Australia, dianggarkan 62,000 Rakyat Malaysia telah menetap secara haram serta tamat tempoh visa di Australia menjadikan Malaysia sebagai imigran tidak sah tertinggi di Australia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

site_197_mandarin_561580_3

Difahamkan modus operandi yang dibuat oleh mereka yang menetap melebihi tempoh yang ditetapkan visa adalah memasuki negara dengan visa pelancong yang sah serta memilih untuk bekerja diluar kawasan perhatian ramai dalam tempoh yang lama.

Selain Malaysia, Rakyat China dan Amerika Syarikat yang turut menjadi tersenarai sebagai jumlah imigran tertinggi di Australia. Mengikut undang-undang yang dikeluarkan Australia, para imigran yang menetap melebihi tempoh bakal dikenakan hukuman untuk tidak lagi memasuki Australia dalam tempoh tiga tahun atau lebih.

8546702-3×2-940×627

Melihat kepada kes yang berlaku, pastinya pihak imigresen Australia akan menjalankan pemeriksaan yang lebih ketat buat Rakyat Malaysia yang bakal ke Australia bagi tujuan travel mahupun bekerja.

Sumber