Sebuah video berdurasi selama 16 saat yang menunjukkan seorang pekerja penghantar makanan Grab Food berusia 68 tahun tular dan menyentuh hati ramai pihak. Ia dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, Ashraf Danny yang terserempak dengan ‘Atuk’ tersebut, lapor Malay Mail.

Menurut Ashraf, Atuk pernah menjadi pemandu lori dan kini terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan untuk mencari rezeki. Dalam klip pendek itu, kelihatan Atuk berjalan perlahan dengan keadaan membongkok, namun, dia masih berusaha untuk menghantar makanan tepat pada masanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@danielashraf1370

kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab🥲 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #sedih

♬ original sound – BrassicaOlerasia91 – DamianaJun PakarTilam Handmade

Ashraf dalam catatannya mendoakan agar Atuk dilimpahi rezeki yang tidak putus dan sentiasa berada di bawah lindungan tuhan. Dia juga berkata bahawa setiap kali melihat Atuk tersebut, dia teringat dengan arwah atuknya.

Video tersebut yang dimuat naik beberapa hari lalu telah ditonton lebih 1 juta kali dan telah mendapat lebih 50,000 suka. Kebanyakan pengguna TikTok tersentuh dengan video tersebut. Ada yang mencadangkan agar orang ramai mengutip derma untuk Atuk dan sebahagian pula menyatakan bahawa mereka sering melihat Atuk di sekitar Damansara dan Hartamas.

Amar tersentuh Zizan borong baju bundle RM500, minta disedekahkan kepada orang. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Amar Tersentuh Zizan Borong Baju Bundle RM500, Minta Disedekahkan Kepada Orang

Ucapan ‘Terima Kasih’ Abang Ambulans Kepada Pemandu Triton Buat Orang Ramai Tersentuh

Peminat Sebak Dan Sedih Tonton Sedutan Episod Terakhir Lee Kwang Soo Dalam Running Man