Seorang rakyat Singapura telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setelah ‘kantoi’ berkhidmat sebagai ejek risikan untuk negara China sejak 2016. Dia yang dikenali sebagai Dickson Yeo, 40 dianggap sebagai satu ancaman oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) kerana menjadi ejen untuk negara asing.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh ISD, Yeo bekerja sebagai perisik bagi sebuah negara asing dengan menjalankan intipan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan Singapura. Maklumat itu kemudiannya dilaporkan kepada pengendali asingnya sebelum dia menerima kadar bayaran tertentu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia yang ditahan ISD pada hujung tahun lalu sejurus dihantar pulang ke Singapura dari Amerika Syarikat turut mengakui bahawa dia menyedari sepenuhnya bahawa pengendali asingnya bekerja sebagai perisik negara asing bagi memperoleh rahsia kerajaan Singapura.

Dari tahun 2016 hingga penangkapannya di AS pada 2019. Yeo telah menubuhkan syarikatnya sendiri bagi mengaburi mata pihak berkuasa dengan kegiatan pengumpulan maklumat serta merekrut ejen asing. Dia juga pernah memohon untuk mendapatkan kerja di sektor awam Singapura bagi tujuan risikan tetapi gagal. Yeo juga telah mendekati pelbagai individu yang mempunyai kepentingan di Singapura bagi mengorek maklumat risikan.

Selain itu, menurut dokumen mahkamah AS, Yeo turut mengaku menawarkan wang sebagai pertukaran laporan politik dan maklumat. Kegiatannya pada mula tertumpu di Asia Tenggara, sebelum beralih ke AS. Pada 2018, dia menubuhkan syarikat dan menerima lebih 400 butiran peribadi dari kalangan tentera dan kakitangan awam.

Untuk rekod, Yeo telah direkrut oleh ejen China yang mengaku sebagai wakil kumpulan pemikir ketika lawatan ke Beijing pada 2015. Ketika itu, Yeo sedang melanjutkan pengajian doktor falsafah di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew di Universiti Kebangsaan Singapura.

Bekas Ketua Perisikan Malaysia dituduh guna RM50.4 juta dana kerajaan beli jam tangan mewah. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Bekas Ketua Perisikan Malaysia Dituduh Guna RM50.4 Juta Dana Kerajaan Beli Jam Tangan Mewah

Blossom Wong, Bekas Perisik PDRM Yang Gayakan Ceongsam Sewaktu Bertugas

Pesawat Pengintip Ujian Israel Didapati Rentas Ruang Udara Malaysia Sebelum Ke Singapura