Boleh dikatakan fenomena bubble tea masih lagi ‘hidup’ dalam kalangan masyarakat. Ini terbukti semalam apabila boleh dikatakan segelintir rakyat Singapura menyerbu kedai dan cawangan bubble tea di kawasan terdekat mereka serta sanggup beratur panjang demi bubble tea kegemaran mereka.

Difahamkan, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Singapura (MTI) telah mengumumkan kedai dan cawangan yang jual makanan ringan dan pencuci mulut seperti teh boba, jus buah, dan smoothies akan mula ditutup mulai hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

47ce-2

Malah, penutupan tersebut mungkin akan dilakukan sehingga 1 Jun 2020. Kedai-kedai tersebut tidak lagi dibenarkan beroperasi sejak semalam selepas jam 11.59 malam.

Berikutan itu, segelintir rakyat Singapura menyerbu kedai-kedai bubble tea semalam sebelum kedai tersebut ditutup sementara. Perkara tersebut dikongsikan di Facebook dan menunjukkan ramai yang beratur sehingga lewat malam.

90ee
Sumber: The Straits Time
f4a9
Sumber: The Straits Time

Untuk pengetahuan anda, Singapura juga sebenarnya sedang berusaha dalam untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 dan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan yang hampir sama seperti di Malaysia.

Apakah pandangan anda tentang perkara ini? Pastinya apabila mereka sanggup beratur panjang seperti itu, penjarakkan sosial tidak dapat dipraktikkan dengan baik.

Sementara itu, apa kata ketahui asal usul teh boba dengan klik pautan di bawah ini.

Asal Usul ‘Teh Boba’ Yang Menjadi Kegilaan Rakyat Malaysia

Resipi Boba ‘Fresh’ Viral Anda Boleh Cuba Di Rumah

Tealive Tampil Jual Set DIY Minuman ‘Bubble Tea’ Berharga RM150

Sumber