Disaat kita menyambut Ramadan dengan penuh kemeriahan dan hidangan yang sedap-sedap, lain pula ceritanya di bumi Syria. Ada sebahagian daripada umat Islam di sana langsung tidak mempunyai apa-apa makanan untuk berbuka. Malah, anak-anak kecil terpaksa menahan lapar selain berhujankan peluru dan bom demi meneruskan hidup. Itulah Syria pada hari ini.

Ia menyedarkan dan membuatkan kita semua rasa bersyukur tinggal di Malaysia. Setidaknya kita masih lagi boleh pergi ke bazar Ramadan, berbuka di hotel mewah atau kedai hipster yang kadang-kala disertakan sekali dengan hashtag: #doneiftar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Meskipun masih bergelut dengan peperangan, namun ia bukanlah penghalang untuk mereka tidak menikmati suasana berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Kali ini kami terbangkan anda untuk melihat sendiri bagaimana suasana rakyat Syria di Kota Douma berbuka puasa, iaitu kawasan pinggiran ibu kota Damaskus di mana ia merupakan kawasan yang masih dikuasai puak pemberontak.

Gambar: AFP / Hamza Al-Ajweh
Gambar: AFP / Hamza Al-Ajweh
Gambar: AFP / Hamza Al-Ajweh
Gambar: AFP / Hamza Al-Ajweh
Gambar: AFP / Hamza Al-Ajweh
Gambar: AFP / Hamza Al-Ajweh

Walaupun dikelilingi dengan bangunan roboh yang sudah hancur berkecai, mereka tetap menikmatinya dengan penuh rasa syukur dan gembira. Betul kata orang berpengalaman, nak rasa cabaran hidup yang sebenar kena berani keluar dari zon selesa.