Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seorang menteri Vietnam dikecam teruk oleh rakyatnya selepas video beliau disuap daging bersalut emas oleh chef terkemuka Nusret Gokce tular dengan pantas di negara tersebut.

Menteri Keselamatan Awam, To Lam, dilihat melawat restoran Nusr-et di London selepas delegasi negara tersebut berada di sana menghadiri Climate Change Forum (COP26) oleh pihak United Nations di Glasgow, Scotland.

Rata-rata rakyat Vietnam mengkritik pemilihan restoran tersebut oleh delegasi To Lam kerana hidangan di sana yang pastinya mahal dan lebih tinggi daripada sebulan gaji penduduk di Vietnam.

Video berkenaan dimuat naik sendiri oleh Salt Bae di TikTok tetapi telah dipadam selepas dikecam hebat oleh pengguna TikTok. Namun, semuanya telah terlambat apabila video berkenaan pantas dimuat turun oleh orang ramai dan dikongsi semula di TikTok.

Salt Bae dilihat membawa sendiri daging bersalut emas ke meja To Lam dan menyuap daging tersebut ke mulut To Lam. Tidak dinyatakan berapa bayaran penuh dibuat oleh mereka tetapi julat harga untuk daging bersalut emas di restoran Nusr-Et adalah sekitar £850(RM4,770) – £1,500(RM8,422).

Untuk perbandingan, pendapatan bulanan purata penduduk Vietnam adalah sekitar USD184 (~RM765) berdasarkan data yang dikeluarkan kerajaan Vietnam.

“Vietnam masih miskin tetapi menteri hidup dengan penuh kemewahan. Para pegawai juga seronok jadi ‘kayangan’,” antara komen daripada rakyat Vietnam selepas video berkenaan tersebar.

Ketika ramai yang tidak cukup makan di Vietnam kerana pandemik COVID-19, rakyat Vietnam sangat kecewa menteri mereka selamba makan di restoran mewah. Ketika rata-rata mengecam, ada juga yang berpendapat kemungkinan besar rombongan To Lam ke restoran tersebut adalah sekadar memenuhi ‘undangan’ daripada pihak tertentu.

Sebelum ini restoran Nust-Et di London turut berdepan kontroversi selepas seorang pelanggan berkongsikan resit bayaran beliau di restoran berkenaan. Baca lagi pada pautan di bawah.

Pelanggan ‘Terkejut’ Kena Bayar RM210,000 Selepas Makan Di Restoran Salt Bae

Wagyu Tomahawk Bersalut Emas Berharga RM6,888 Raih Perhatian Netizen

‘Pelanggan Yang Mahu Siakap Itu’- Pemilik Restoran Jawab Dakwaan Isu Harga Ikan Berharga RM1,196

Anda Mungkin Suka