Lebih laju, besar, ringan dan kukuh seringkali mejadi penanda aras untuk teknologi telefon pintar. Pengguna pastinya mahukan cip pemprosesan yang mampu beraksi dengan lebih pantas, skrin yang besar serta rekaan yang nipis dan kukuh. Rekabentuk yang premium sudah menjadi suatu keutamaan buat smartphone flagship.

Jika 2012, para pengguna sering berdebat sama ada releven atau tidak Samsung Galaxy S3 menyertakan RAM 1 GB yang sudah dianggap besar ketika itu, nampaknya perbincangan 2017 bakal diteruskan apabila syarikat Oneplus bakal mengeluarkan OnePlus 5 seawal September ini dengan RAM 8 GB.

OnePlus 3T selaku smartphone Oneplus keluaran 2016 dipilih sebagai smartphone budget terbaik bagi tahun 2016

Berita yang pada mulanya dianggap sebagai ura-ura ini hadir beberapa jam selepas OnePlus secara rasminya mengumumkan mereka bakal mengeluarkan smartphone flagship terbaru mereka pada tahun ini.

Berikut antara screenshot mengenai spesifikasi RAM dan ruang storan OnePlus 5 yang baru sahaja tertiris.

Antara spesifikasi lain yang hampir pasti disertakan pada OnePlus 5 adalah Snapdragon 835 sepertimana Samsung Galaxy S8. Dari segi kamera, kemungkinan besar OnePlus 5 akan hadir dengan teknologi dual-camera sepertimana pengeluar smartphone yang lain bagi mengikuti trend yang semakin mendapat dihati pengguna ketika ini.

Adakah anda rasa releven untuk menggunakan RAM sebesar 8 GB untuk telefon pintar yang majoriti penggunaannya untuk aplikasi seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram?

Sumber