Lebih laju, besar, ringan dan kukuh seringkali mejadi penanda aras untuk teknologi telefon pintar. Pengguna pasti mahukan cip pemprosesan yang mampu beraksi dengan lebih laju, skrin yang besar serta kerangka yang nipis dan kukuh. Rekabentuk yang premium sudah pasti menjadi suatu kelebihan.

Saya masih ingat sewaktu Samsung Galaxy S3 dilancarkan pada tahun 2012 dimana penggunaan RAM 1GB menjadi topik hangat perbincangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

gs3iphone

Para penggemar telefon pintar sering berdebat tentang adakah releven untuk menggunakan RAM sebesar 1GB untuk telefon pintar. Oh ya, tidak dilupakan juga para penggemar Android melabelkan Samsung Galaxy S3 ini sebagai ‘iphone killer’.

Pada tahun ini siapa sangka telefon pintar terbaru keluaran Vivo ini menyertakan RAM 6GB LPDDR4. Kami yakin hampir semua pengguna di Malaysia masih menggunakan RAM 4GB dan kebawah untuk komputer dan komputer riba.

vivo-Xplay5-1

Vivo nampaknya semakin maju untuk merancakkan lagi industri telefon pintar dengan mengumumkan Vivo Xplay 5 yang menjadi telefon pintar pertama yang bakal mempunyai RAM sebesar 6GB. Selain itu, Xplay 5 juga bakal disertakan cip pemprosesan terbaru dari Snapdragon iaitu Snapdragon 820.

Sejujurnya kami teruja untuk melihat lebih banyak lagi telefon pintar yang lain untuk mengikut jejak langkah Vivo Xplay 5 pada masa akan datang.

Adakah anda rasa releven untuk menggunakan RAM sebesar 6GB untuk telefon pintar yang banyak digunakan untuk aplikasi seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram?

Kongsikan pendapat anda dengan kami di ruangan komen di bawah.