Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan kod khas di lesen memandu bagi mengesan institut latihan yang melahirkan ramai pemandu gagal mematuhi peraturan lalu lintas sehingga menyebabkan kemalangan.

Menurut Ketua Pengarah JPJ Zailani Hashim, jika ramai pemandu dari sesebuah institut itu terbabit dalam kemalangan jalan raya, berkemungkinan tindakan boleh dikenakan terhadap pengusaha atau pemiliknya dengan membatalkan atau menggantung permit institut memandu (IM).

Walau bagaimanapun, kaedah itu masih dalam peringkat cadangan dan dijangka disenaraikan di bawah sistem e-Testing yang bermula di seluruh negara April tahun ini. Malah, pihak JPJ juga akan buat satu jejak audit dalam konsep pendigital untuk mengenal pasti kelemahan di peringkat institusi memandu.

Berdasarkan statistik yang direkodkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia dan JPJ, sebanyak 80 peratus punca kemalangan jalan raya adalah sebabkan faktor kecuaian oleh manusia. Malah, lebih 60 peratus kemalangan melibatkan motosikal.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Sedar Selepas Sebulan Beli Di Decathlon, Kalimah Allah Pada ‘Ground Mat’ Bikin Netizen Terkejut

Maki Dan Campak Duit Kepada Pekerja McDonald’s, Tindakan Biadab Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen

Sumber