Kehangatan PlayStation 5 sudah mula dirasai. Adakah anda perasan semalam di Instagram Stories di kenalan anda yang berkongsi memiliki PlayStation 5?

Akan tetapi, PlayStation 5 masih belum lagi berada di pasaran. Mesti anda berasa pelik dan ‘cemburu’ apabila melihat rakan anda memiliki PlayStation 5 tersebut. Betul atau tidak?

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

IMG_20201104_155303_993

Nampak macam betul, bukan? Jangan tertipu! PlayStation 5 akan dikeluarkan pada 12 November 2020 dan akan sampai di Malaysia pada 19 November 2020. Apa yang anda lihat di Instagram Stories itu semua hanyalah filter semata-mata.

Filter tersebut diberi nama PS5 BOX dan diciptakan oleh @aroneverything . Menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) filter tersebut membolehkan pengguna untuk meletakkan kotak PS5 itu di mana-mana bahagian di dalam skrin dan memberikan imej yang realistik.

Oleh kerana imejnya yang cukup realistik, ramai pengguna Instagram tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri filter tersebut sambil bergaya bersama kotak PS5 mereka.

IMG_20201104_130022_923

SUMBER: INSTAGRAM

IMG_20201104_125128_715

SUMBER: INSTAGRAM

IMG_20201104_123243_697

Melihat gambar-gambar di atas, siapa saja yang tidak akan tertipu kan? Anda juga boleh cuba filter ini sendiri dan lihat reaksi rakan-rakan anda! Selamat mencuba.

Ketahui lebih lanjut tentang perkara menarik, jangkaan harga dan tarikh keluar Sony Play Station 5 dengan klik pautan di bawah.

PlayStation 5 Bakal Ditawarkan Dengan Harga Sekitar RM2,067 Bermula 12 November Ini

PlayStation 5 Edisi Terhad Bersalut Emas 24K Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Kajian Mendapati Pengguna Xbox Lebih Cepat ‘Koyak’ Berbanding Pengguna PlayStation

Anda Mungkin Suka