Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Baru-baru ini ramai peminat kecewa dengan harga tiket konsert kumpulan wanita terkenal dari Korea Selatan, Blackpink yang dikatakan tiket paling mahal dijual di Malaysia setakat ini yang mencecah hampir RM2,000. Konsert Blackpink tersebut akan berlangsung pada 4 Mac 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Artikel Berkaitan:

Bagi pembelian tiket konsert Blackpink, ia dibahagikan kepada tiga tarikh berbeza iaitu pada tarikh 15 November untuk pembelian kepada ahli kelab Blackpink sahaja yang dikenali sebagai ‘Blink’.

Pada 16 November pula pembelian tiket untuk ahli Live Nation (penganjur) sahaja dan pada 17 November, tiket akan dijual kepada umum tanpa mendaftar ahli kelab atau ahli Live Nation.

Sumber: OhBulan

Sejak dibuka pada sesi pertama iaitu 15 November, tiket VIP telah habis dijual dengan harga RM1,888 dan ramai yang berkongsi pembelian mereka di media sosial selepas berjaya membeli tiket tersebut meskipun ketika pembelian itu laman web Live Nation mengalami masalah teknikal.

Difahamkan semasa jualan umum dibuka pada jam 10 pagi tadi, tiket konsert itu laris dijual dalam masa 30 minit sahaja. Disebabkan terlampau ramai membeli dalam satu masa, banyak peminat yang sedih kerana tidak sempat untuk membeli tiket tersebut.

Walaupun ramai yang berpendapat tiket Blackpink terlalu mahal, tetapi ramai yang membelinya dengan cepat. Bagaimanapun, kebanyakkan peminat berpendapat agar penganjur mempertimbangkan untuk membuka lebih banyak tiket konsert memandangkan tempat yang besar dan boleh memuatkan seramai 87,000 penonton.

Kumpulan wanita K-pop yang terdiri daripada empat orang iaitu Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa yang akan diadakan pada 4 Mac 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.