Semasa tayangan perdana Astro Original Liar baru-baru ini, pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa sedih apa orang ramai mahu boikot filem yang diarahkan oleh anaknya, Syamsul Yusof rentetan kemelut rumah tangganya dengan pelakon Puteri Sarah Liyana.

“Terus terang saya sebagai bapa sedih apabila ada orang nak boikot filem Syamsul kerana beberapa isu, bagi saya itu masalah peribadi dia. Masalah peribadi itu peribadi, kerja itu kerja.

Baca Juga:

“Saya kalau boleh tidak mahu orang ramai boikot cerita Syamsul kerana beberapa isu, bagi saya itu masalah peribadi. Kalau ada karya yang baik, kita sokong tanpa mengira siapa dia,” kata Yusof Haslam kepada portal mStar.

Luahan itu dibuat ketika beliau memberi penjelasan tindakannya memberi tawaran kepada Aaron Aziz untuk memegang watak dalam filem terbaharunya, selepas aktor terkenal dari Singapura itu digugurkan daripada barisan pelakon filem ‘Original Gangster’.

Menurutnya, selepas beliau mendapat tahu Aaron telah digugurkan, beliau segera menawarkan pelakon itu watak penjahat dalam filem ‘Sheriff’ kerana Aaron sudah mempunyai masa lapang dan watak penjahat itu sangat sesuai dengan Aaron — bagi Yusof Haslam ia satu kebetulan.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan memerintahkan Puteri Sarah dan Syamsul untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Untuk makluman, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah.

Sumber