Bergambar di kawasan stesen minyak bukan lagi satu perkara yang asing di luar negara, kini ‘hobi’ tersebut sudah menjadi satu trend pula di Malaysia. Lebih-lebih di kawasan stesen minyak yang terletak di tanah tinggi Genting Highlands.

Sejak stesen minyak tersebut tular di media sosial, lebih-lebih lagi pada platform TikTok, boleh dikatakan hampir setiap hari kawasan itu dipenuhi dengan orang ramai yang mahu bergambar atau merakam video untuk dijadikan konten.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini, salah seorang pengunjung yang bercuti di Genting Highlands sempat merakam satu unit peronda polis menyerbu stesen minyak terbabit untuk meminta orang ramai bersurai daripada memenuhi kawasan itu.

https://www.tiktok.com/@ammarawr_/video/7063744258590756122

Pada awal video yang dikongsikan, kelihatan keadaan trafik sangat sesak di hadapan stesen minyak yang viral itu. Manakala di dalamnya pula, pihak polis sudah ‘mengosongkan’ kawasan tersebut daripada terus dipenuhi orang ramai.

Menurut beberapa komen yang dikongsikan netizen, pemilik stesen minyak itu dikatakan telah menghubungi pihak polis bagi menyuraikan orang ramai kerana telah mengganggu para pelanggannya yang betul-betul mahu mengisi minyak di stesen tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @ammarawr_
Sumber Gambar: TikTok @ammarawr_
Sumber Gambar: TikTok @ammarawr_
Sumber Gambar: TikTok @ammarawr_
Sumber Gambar: TikTok @ammarawr_
Sumber Gambar: TikTok @ammarawr_
Sumber Gambar: TikTok @ammarawr_

Netizen juga meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang sanggup bergambar atau merakam video dalam tempoh yang lama sehingga menyusahkan pengguna lain di stesen minyak tersebut.

Diharapkan agar setiap pihak yang mempunyai niat untuk bergambar atau merakam video di stesen minyak Genting Highlands semata-mata untuk konten media sosial boleh melupakan hasrat tersebut dan sentiasalah mengamalkan sikap bertimbang rasa kepada orang lain.

Ini bukan kali pertama ‘kawasan viral’ diserbu anggota penguatkuasa. Lihat lagi beberapa tempat sehingga ada yang terpaksa ditutup bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Bahayakan Pengguna Lain, PBT Halau Orang Ramai Berhenti Bergambar Di Lebuh Raya Bukit Kukus

Belum Seminggu Dirasmikan, Pengunjung Jadikan Arca Penyu Di Melaka Sebagai Meja Piknik

Buat ‘Gathering’ Di Jalan Pintas Temiang, Netizen Tegur Geng Konvoi Honda Civic

Sumber