Rambo: Last Blood telah ditayangkan di pawagam berdekatan dan pastinya filem terakhir bagi siri filem Rambo ini memiliki hypenya tersendiri. Anda tidak akan kecewa menyaksikan pengakhiran filem franchise Rambo ini.

Sedikit sinopsis, filem ini mengisahkan John Rambo yang merupakan seorang veteran Perang Vietnam. Kali ini, dia perlu bekerjasama dengan seorang wartawan untuk menyelamatkan seorang gadis iaitu anak angkat Rambo yang diculik oleh kartel dadah Mexico.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
DSC00719.ARW
Sumber: Google

Pastinya peminat filem siri Rambo mengharapkan pengakhiran yang terbaik dan mengharapkan sesuatu yang ‘wow’ dalam karya terakhir ini. Anda akan berpuas hati dengan apa yang dipertontonkan dan setiap sen yang anda keluarkan sangat berbaloi.

Anda harus tonton filem ini jika belum menontonnya. Kenapa kami katakan begitu? Kami akan rungkaikan beberapa aspek dalam filem ini, tetapi jangan risau kerana tiada spoiler akan diberikan kerana anda harus menontonnya sendiri.

1. Plot cerita

rambo-v_0-1200×635
Sumber: Google

Filem ini boleh dikatakan boleh berdiri sendiri kerana walaupun anda tidak mengikuti filem ini daripada siri awal, anda masih mampu untuk memahami jalan ceritanya. Malah, konflik yang dihadapi oleh Rambo membuatkan anda turut berfikir dan teruja untuk menyelesaikannya. Apakah konflik ‘terbesar’ yang dihadapi oleh Rambo? Anda kena saksikan sendiri.

2. Sylvester Stallone

Rambo_hammer-1024×683
Sumber: Google

Aksi yang dipamerkan Sylvester Stallone masih lagi berjaya memukau penonton. Walaupun beliau sudah berusia dan tidak setangkas dahulu, tetapi aksi yang dipamerkan boleh dikatakan terbaik. Malah, beliau juga dapat menamatkan watak beliau sebagai Rambo dengan baik. Adakah anda bersetuju?

3. Padat dengan babak aksi

Screenshot 2019-09-20 at 12.04.54 AM
Sumber: Google

Tidak hairan apabila filem ini diklasifikasikan hanya untuk tontonan 18 tahun dan ke atas kerana padat dengan babak aksi dan pertempuran tanpa henti. Anda dapat lihat setiap adegan gore dalam filem ini menjadikan ia sangat menarik dan menggerunkan.

Anda harus lihat sendiri kenapa Rambo: Last Blood ini merupakan pengakhiran terbaik untuk siri franchise ini. Malah, anda juga harus saksikan aksi-aksi Rambo cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan orang tersayang.

Kami memberikan 7/10 kerana filem ini padat dengan babak aksi dan laman kritik juga memberikan reaksi positif. Jika anda masih belum menonton filem ini, anda boleh ke pawagam yang terdekat untuk menontonnya.

Lionsgate telah mengistiharkan ‘Rambo Day’ pada 18 September 2019 yang lalu. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Lionsgate Perkenalkan Rambo Day Sempena Rambo: Last Blood

Tonton Trailer Terbaharu Filem ‘Rambo: Last Blood’

Sumber