Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemilihan watak untuk filem ‘Bond 25’ telah pun selesai dan pelakon Rami Malek telah dipilih untuk memegang watak penjahat untuk filem terbaru James Bond ini.

Berita berkenaan disahkan di laman Twitter rasmi filem James Bond. Bagaimanapun, tajuk untuk filem Bond 25 masih belum diumumkan dan working title untuk projek ini kekal Bond 25.

Bond 25 bakal menjadi filem terakhir Daniel Craig sebagai agen 007. Pelakon Lea Seydoux akan terus membawa watak Madeleine Swann dan begitu juga beberapa watak lain yang muncul dalam Spectre antaranya Ben Whishaw (Q), dan Ralph Fiennes (M).

“Saya berjanji akan buat Mr Bond tidak senang duduk dalam filem terakhir ini,” kata Rami Malek mengulas tentang pemilihan beliau sebagai penjahat dalam filem Bond 25. Penggambaran filem ini akan mengambil tempat di Jamaica, Norway, Itali dan London.

Bond 25 bakal jadi filem pertama franchise ini yang membuat penggambaran menggunakan kamera khas Imax. Jadi, anda perlu menonton filem ini di pawagam Imax untuk pengalaman menonton yang lebih hebat. Jika semuanya berjalan lancar, filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 8 April 2020.

Anda Mungkin Suka