Siapa di sini gemar makan burger tepi jalan? Adakah anda gemar makan burger daging atau ayam atau special? Pasti setiap orang memiliki menu kegemaran tersendiri.

Terbaharu, kecoh di Twitter apabila seorang pengguna Twitter @poppelangi telah berkongsi bahawa burger Ramly merupakan antara burger kegemarannya dan syarikat Ramly Burger merupakan antara syarikat usahawan Melayu paling berjaya.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Menurutnya, perkara itu mungkin dilihat oleh Ramly Burger ketika syarikatnya mahu membantu ekonomi Melayu di era Dasar Ekonomi Baru. Ramly Burger yang diasaskan pada tahun 1984, Datuk Ramly Mokni telah mencetus satu revolusi dimana mahukan anak muda Melayu untuk bermula berniaga secara kecil-kecilan.

Dari Mongolia, ke Poland, kemudian ke pelabuhan Hamburg, ke Amerika Syarikat, sebelum anak jati Tanjung Piandang Perak membuka perusahaan membantu ramai orang muda Melayu dalam memulakan perniagaan. Walaupun terdapat banyak kedai yang menjual burger, tetapi baginya Burger Ramly adalah antara kegemarannya.

Berikutan perkongsian sejarah burger ini, ada yang berkongsi bahawa permohonan pembiayaan Datuk Ramly Mokni pernah ditolak oleh bank tempatan dan ideanya dijadikan sebagai satu jenaka. Akan tetapi, lihatlah sekarang kejayaan Datuk Ramly Mokni ini dan kini berjaya menghasilkan ramai usahawan berjaya di bawah jenama produknya Ramly.

Malah, ada juga netizen yang berkongsi bahawa mereka lebih gemar makan burger Ramly berbanding burger di restoran makanan segera. Bagi mereka, burger Ramly memiliki keunikan rasanya tersendiri.

Adakah anda setuju bahawa Burger Ramly memiliki keunikan rasanya tersendiri? Anda mungkin berminat ketahui bagaimana Sate Haji Samuri bantu naikkan nama Kajang? Klik pautan di bawah untuk baca artikel tersebut.

Bagaimana Sate Haji Samuri Bantu Dalam Menaikkan Nama Bandar Kajang

Tonton Reaksi Kanak-Kanak Amerika Syarikat Cuba Makan Burger Ramly ‘Special’

‘Battleship Island’ Merujuk Kepada Sejarah Kelam Pulau Hashima

Anda Mungkin Suka