Dikatakan sebagai salah satu rampasan aset terbesar dalam sejarah Amerika, pihak peguam persekutuan Amerika Syarikat akan mengeluarkan saman untuk pihak Red Granite Pictures yang menerbitkan filem The Wolf Of Wall Street.

Co-founder untuk syarikat Red Granite Pictures adalah Riza Aziz, anak tiri kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang ini di mana aset syarikat itu dikatakan diperolehi dari dana syarikat Malaysia, 1MDB. Tiada sebarang komen dikeluarkan oleh pihak Red Granite Pictures setakat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan dari pihak F.B.I, Riza dikhabarkan membeli dua hartanah di New York dan Los Angeles yang bernilai USD50 juta dan kemudiannya menjadi pelabur untuk filem The Wolf Of Wall Street menggunakan dana dari 1MDB. Walaupun filem berkenaan mendapat kutipan sebanyak USD400 juta di seluruh dunia pada tahun 2013, filem tersebut tidak ditayangkan di Malaysia kerana dianggap ‘tidak sesuai’ untuk dipertontonkan kepada umum.

Pihak persekutuan Amerika Syarikat akan merampas aset bernilai lebih USD1 billion di mana semua aset berkenaan dikatakan mempunyai hubungan dengan syarikat 1MDB dan aset Red Granite Pictures terlibat dalam kes ini secara tidak langsung. Tiga nama telah difailkan oleh pihak Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat; Riza Aziz, Jho Low dan Mohamed Badawy al-Husseiny.

3 stooges

Kes ini sedang berlangsung dan tiada sebarang komen dikeluarkan oleh pihak Red Granite Pictures buat masa ini.

Sumber