Mencari tempat percutian hujung minggu seterusnya dalam negara kadang kala boleh memeningkan kepala dan menjadi satu keputusan yang rumit untuk dibuat oleh seisi keluarga atau rakan sepejabat anda.

Mencapai kata putus dan memilih destinasi yang tepat dan memenuhi selera setiap orang ada ketikanya juga memakan masa terutama jika anda mempunyai keluarga atau kumpulan yang besar dan masing-masing mempunyai pilihan mereka yang tersendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, buat anda yang masih tercari-cari kawasan peranginan terbaru untuk berlibur di hujung minggu bersama keluarga tersayang selepas ini, Desaru Coast di Johor boleh menjadi penyelasaian kepada masalah yang mungkin dihadapi sebelum ini.

Desaru Coast Beach sesuai untuk sebarang aktiviti pantai dan sukan air

Terletak di selatan tanah air, perjalanan ke Desaru Coast hanya mengambil masa lebih kurang empat jam perjalanan sahaja dari ibu kota dan hanya 45 minit sahaja jika anda mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Perjalanan menggunakan udara bagaimanapun tidak hanya akan berakhir di lapangan terbang di mana mereka yang berkunjung ke sini berpeluang untuk menikmati sekitar 45 minit lagi pemanduan yang dipenuhi pemandangan menarik sebelum tiba ke destinasi akhir.

Hotel dan resort lima bintang

Seperti yang kami katakan, terdapat pelbagai pilihan dan tempat menarik untuk dikunjungi di Desaru Coast ini. Daripada taman tema air Adventure Waterpark, lapangan golf serta pelbagai pilihan resort dan hotel ternama yang terdapat di sini seperti The Westin Desaru Coast Resort, Hard Rock Hotel Desaru Coast, Anantara Desaru Coast Resort & Villas dan juga One&Only Desaru Coast.

Tambah menarik, kesemua lokasi yang disenaraikan di atas ini kesemuanya berada dalam satu kawasan yang sama meliputi keluasan lebih 3,900 ekar tanah di sepanjang dan 17 kilometer kawasan tepi pantai yang menghadap lautan biru.

FOTO: INSTAGRAM DESARU COAST

Penginapan yang akan mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang berkunjung ke Desaru Coast sudah pastinya akan tertarik kepada penginapan The Westin dan The Hard Rock Hotel yang terletak berhampiran dan menghadap antara satu sama lain.

Dengan penarafan lima bintang, The Westin Desaru Coast Resort terletak di tengah-tengah kawasan hub Desaru dan diuruskan operator perhotelan terkenal dunia iaitu Marriott International.

Dan jika anda mahukan pengalaman unik bercuti dengan layanan istimewa ‘Rock Star’ Hard Rock anda juga boleh memilih unutk menginap di Hard Rock Hotel Desaru Coast yang semestinya sesuai untuk mereka yang datang bercuti bersama keluarga atau pun atas urusan perniagaan.

The Westin Desaru Coast Resort 1 – resized (1)
The Westin Desaru Coast

Aktiviti menarik untuk seisi keluarga

Tidak sahaja menawarkan penginapan bertaraf lima bintang untuk keselesaan anda bersama yang tersayang tetapi Desaru Coast juga lengkap dengan taman tema air Adventure Waterpark untuk seisi keluarga dan juga lapangan golf untuk mereka yang ingin kekal aktif ketika percutian.

Buat si kecil kesayangan, Adventure Park pastinya bakal menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam percutian mereka ke Desaru Coast. Dengan lebih 20 tarikan dan permainan yang ditawarkan, taman tema air yang merupakan salah satu yang terbesar di dunia ini bukan sahaja sesuai untuk si kecil tetapi juga sesuai untuk semua golongan umur.

13-swinging-ship
Taman Tema Air Adventure Waterpark

Untuk golongan bussinessman atau mereka yang gemar bermain golf, anda juga tidak perlu risau kerana Desaru Coast turut menyediakan lapangan untuk anda kekal aktif sepanjang penginapan di sana.

Dengan adanya The Els Club Desaru Coast, percutian anda pastinya akan menjadi lebih bermakna dengan menikmati permainan di lapangan yang mempunyai 45 lubang secara keseluruhan itu.

Saranan kami? Secara mudahnya Desaru Coast perlu menjadi destinasi percutian anda selepas ini bersama keluarga atau rakan-rakan sama ada di hujung minggu atau pun cuti panjang yang akan datang. Dengan layanan berkelas dunia dan pemandangan laut yang menyejukkan mata ia pasti bakal menjadi percutian yang tidak akan dilupakan anda sekeluarga.

Ketahui lebih lanjut mengenai Desaru Coast, Johor di sini.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai destinasi percutian dalam negara di pautan di bawah. 

Penginapan ‘Awesome’ Dikelilingi Alam Semulajadi Di Hulu Selangor Ini Sesuai Untuk Anda Yang Cari Ketenangan

4 Sebab Utama Anda Tidak Akan Menyesal Menginap Di Lexis Hibiscus Port Diskson

Zoo Negara Kini Tawar Tiket Masuk Percuma Bermula Hari Ini Pasti Buat Anda Teruja