Disney baru-baru ini mengumumkan  perkhidmatan langganan streaming mereka iaitu Disney + yang akan dilancarkan secara global pada 12 November. Syarikat ini turut melancarkan senarai penuh filem-filem dan rancangan televisyen yang bakal ditayangkan di platform tersebut. 

Menggunakan laman Twitter rasmi milik mereka, Disney+ membuat sebuah thread Twitter yang sangat panjang. Hampir 600 lebih filem dan rancangan diumumkan di dalam thread berkenaan. Bebenang tersebut disusun dalam susunan kronologi bermula dengan ‘Snow White and the Seven Dwarfs‘ yang ditayangkan pada tahun 1937.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Thread tersebut bukan sahaja mendedahkan tajuk-tajuk terkenal yang dihasilkan oleh Disney, malah tajuk-tajuk yang pelik dan  kurang dikenali juga turut diumumkan di dalam bebenang tersebut. Anda boleh melihat senarai penuh di laman Twitter rasmi Disney+

Selain thread tersebut, Disney juga turut menghasilkan sebuah video kompilasi yang berdurasi 3 jam 17 minit memperlihatkan kesemua filem dan rancangan TV yang bakal ditayangkan di Disney+

Disney+ akan dilancarkan pada 12 November dengan harga $6.99(~RM29.33) sebulan.

Lagi artikel berkenaan Disney untuk bacaan lanjut. Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih maklumat berkenaan Disney.

Disney Sahkan Siri TV ‘Obi-Wan Kenobi’ Menampilkan Ewan McGregor

Disney Kini Mempunyai Kawalan Penuh Terhadap Kandungan Platform Hulu




Sumber