Pada hari ini, sebahagian pengguna peranti di Malaysia sudah boleh mengakses rangkaian 5G. Kerajaan juga berhempas pulas mahu memperluaskan ke lebih banyak lokasi bagi dinikmati oleh semua orang.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kini memaklumkan peratus capaian rangkaian 5G di Malaysia setakat penghujung Mac lalu telah mencapai 55% di kawasan berpenduduk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dengan pencapaian ini, hanya tinggal berbaki 25% lagi sebelum sasaran 80% untuk tahun 2023 ini dicapai. Dalam perbincangan bersama syarikat-syarikat telekomunikasi, pihak kerajaan telah mempertimbangkan beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mempercepatkan proses perluasan rangkaian.

Sehubungan itu, Fahmi menyatakan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu ini untuk memuktamadkan dasar dan hala tuju pelaksaanan 5G di Malaysia.

Setakat hari ini, orang ramai boleh mengakses rangkaian 5G menerusi pelan syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, U Mobile, Unifi Mobile, Yes dan Yoodo. Penawaran rangkaian 5G kini boleh dilihat sudah tersedia di kawasan bandar-bandar utama.

Sumber