Selepas hampir dua tahun A&W dikaitkan dengan pelbagai spekulasi melibatkan penjualan syarikat serta penutupan restoran, akhirnya syarikat KUB Malaysia Bhd selaku syarikat pemegang saham A&W Malaysia berjaya mempunyai pembeli terbaru.

Berdasarkan laporan daripada thestar, KUB Malaysia Bhd bersetuju untuk menjual keseluruhan rangkaian serta hakcipta A&W Malaysia Sdn Bhd kepada Inter Mark Resources Sdn Bhd dengan nilai RM34 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Octane Heads

Perjanjian diantara kedua-dua buah syarikat ini bakal diselesaikan sepenuhnya dalam jangka masa tiga bulan ini. Pembeli terbaru, Inter Mark Resources melihat A&W Malaysia masih berpeluang untuk bangkit semula berdasarkan beberapa faktor yang dimiliki rangkaian ini.

Diharap dengan pemilikan dibawah syarikat terbaru, A&W Malaysia berpeluang untuk bangkit agar kembali menjadi restoran makanan segera pilihan orang ramai dengan pertambahan cawangan serta menu.

Sumber