Restoran yang berkonsepkan masakan Itali milik chef selebriti terkenal, Jamie Oliver di Australia yang sebelum ini berhadapan dengan masalah kewangan akhirnya terpaksa ditutup. Penutupan serta-merta restoran Jamie Oliver cawangan Canberra semalam mengejutkan pelanggan dengan notis yang ditampal di pintu restoran.

Lima lagi restoran di Sydney, Perth, Brisbane, Adelaide dan Parramatta sebelum ini telah dijual kepada Hallmark yang merupakan syarikat rangkaian restoran yang bertapak di Brisbane. Perniagaan milik Jamie Oliver ini dilaporkan menanggung kerugian kira-kira USD132 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

closed canberra

jamie italian

Menurut jurucakap Jamie Oliver Restaurant Group Australia, rangkaian restoran di negara itu merupakan salah satu pasaran antarabangsa terbaik kumpulan tersebut. Tambah beliau mereka turut berbesar hati untuk bekerjasama dengan Hallmark untuk meneruskan perniagaan tersebut.