Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Peminat setia Starbucks pastinya sudah tidak sabar lagi untuk mengunjungi ‘flagship’ stor terbaharu Starbucks yang dibuka di Lapangan Terbang Changi. Difahamkan cawangan tersebut merupakan stor Starbucks yang terbesar di Singapura.

Untuk memenuhi permintaan ramai dan kunjungan pelanggan dalam kuantiti yang ramai dalam satu-satu masa, kedai ini dibina 2 tingkat. Menariknya lagi, cawangan ini turut menawarkan jualan barangan khas yang tidak boleh didapati di cawangan yang lain.

20190411_151028

sumber: business Insider singapura

IMG_7979 (1)

sumber: mothership.sg

IMG_7980

sumber: mothership.sg

Selain daripada jualan minuman dan menu biasa, cawangan ini juga menawarkan menu-menu tempatan untuk pelanggan. Antara hidangan yang ditawarkan ialah Sate Ayam Ciabatta, Nasi Ayam Hainan dan Milo Chocolate Tiramisu. Majlis pembukaan rasmi cawangan ini akan berlangsung pada 17 April ini.

Anda Mungkin Suka