Sebut mengenai Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad pasti ramai yang kenal dengan individu ini. Berjaya mencipta nama lebih dua dekad dalam industri hiburan bersama lawak jenakanya buatkan beliau dikenali ramai.

Terbaharu, tular sebuah video apabila dilihat Lan Pet Pet sekali lagi terlibat dengan pergaduhan di mana beliau telah memukul seorang lelaki yang dipercayai penghantar makanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video yang tular tersebut, pelakon dan pelawak ini dilihat tidak dapat mengawal kemarahan apabila merangkul leher rider tersebut serta memukul kepalanya sehinggakan memaksa tiga orang lelaki untuk menghalang beliau daripada terus memukul.

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1389390232127041536

Mazlan Ahmad yang berusia 51 tahun turut menjerkah lelaki tersebut dengan kata-kata berbaur amaran ‘hang duduk Tropicana nak tunjuk samseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?’.

Setakat ini masih belum dipastikan punca i insiden ini berlaku dan lokasi kejadian. Pihak Harian Metro dilaporkan turut berusaha menghubungi Lan Pet Pet namun masih gagal ketika ini.

Untuk pengetahuan ini bukanlah kali pertama Lan Pet Pet terlibat dengan pergaduhan. Beliau sebelum ini turut menjadi buah mulut netizen apabila memukul seorang pengawal keselamatan iaitu Pak Ya pada 6 April 2019.

Menerusi insiden tersebut, beliau telah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas mengaku bersalah terhadap perbuatan beliau di Nilai, Negeri Sembilan.

Sebelum ini, pernah tular isu apabila rider foodpanda ditampar pemilik restoran selepas gagal siapkan tempahan makanan yang diterima.

Lambat Siapkan Tempahan Makanan, Pemilik Restoran Ini Tampar ‘Rider’ foodPanda

Bateriku Dan 15 Rider FoodPanda Jadi Mangsa, Kena ‘Prank’ Tempahan Sampai Di Alamat Yang Sama

Sumber