Masih ingat bila kali terakhir anda ke perpustakaan? Tak salah kalau dikatakan, budaya membaca di perpustakaan kini semakin hari semakin berkurangan. Dalam satu tinjuan yang pernah dibuat, purata pengunjung di perpustakaan Malaysia pada hari-hari biasa hanya sekitar 10-30 orang sahaja. Lebih menyedihkan, kebanyakkan daripada mereka adalah kanak-kanak.

Sebenarnya, simpton ini bukan berlaku di Malaysia sahaja, malah hampir di seluruh dunia (tapi bukan semua). Kemajuan teknologi terutama penggunaan telefon pintar yang semakin canggih mungkin menjadi salah satu faktor pudarnya budaya ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menyedari hal ini, di Bulgaria, sekumpulan arkitek muda yang kreatif membangunkan sebuah perpustakaan unik dengan berkonsepkan jalanan. Ia satu idea yang menarik untuk mempupuk semula minat budaya membaca di kalangan generasi sekarang.

perpustakaan jalanan

Perpustakaan unik ini dinamakan ‘Rapana’, terletak berhampiran pantai di Bandar Varna, perpustakaan ini merupakan perpustakaan berkonsep jalanan ‘street library‘ yang pertama di Bulgaria. Menariknya, perpustakaan ini dibina di ruangan terbuka. Jadi, ia boleh diakses dengan mudah dan percuma oleh sesiapa sahaja.

Memiliki reka bentuk seperti cengkerang siput, perpustakaan ini boleh menampung sehingga 1500 naskah buku. Bukan itu sahaja, malah terdapat tempat duduk disediakan yang terdiri daripada bangku kayu dan juga bantal untuk keselesaan pengunjung di sini.

rapana

rapana

Menurut pembangun Rapana, idea membangunkan perpustakaan bersertakan konsep dan reka bentuk seperti ini amat sesuai untuk menarik semula minat membaca terutamanya golongan muda, memandangkan generasi sekarang lebih cenderung berminat kepada benda-benda unik yang di luar kebiasaan.

Selain dari berfungsi sebagai gudang ilmu, Rapana turut dijadikan sebagai tarikan baru untuk pengunjung yang datang ke Bandar Varna di samping dapat memanfaatkan kemudahan tersebut.

Idea yang sangat baik, kalau ada perpustakaan konsep seperti ini di Malaysia pun elok. Tambah pula lokasi di tepi pantai, membaca sambil ditiup angin. Memang santai!

Sumber