Sekitar semalam, tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan berusia 12 tahun dipukul oleh seorang remaja perempuan yang lain, dipercayai rakan sekolahnya.

Difahamkan pergaduhan tersebut berlaku pada Ahad lalu di kawasan tangga di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya, Selangor dan tiga orang rakan suspek turut menjadi saksi kejadian pergaduhan tersebut.

Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa dipukul oleh seorang remaja perempuan lain yang cemburu dengan hubungan rapat mangsa bersama abang angkatnya.

“Sekitar jam 9.26 malam pada Ahad lalu, mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. Mangsa turut mengadu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan akibat dipukul suspek yang berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun yang juga rakan sekolahnya.

“Hasil siasatan awal mendapati terdapat salah seorang rakan suspek yang telah merakam video perbuatan suspek yang memukul mangsa lalu video tersebut tular selepas dikongsikan kepada beberapa grup Whatsapp dan laman Instagram milik suspek,” kata Mohamad Fakhrudin dalam satu kenyataan.

Susulan video tersebut mulai tular, pihak polis berjaya mengenal pasti ke semua suspek yang terlibat. Beliau turut menambah bahawa remaja yang terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan yang lebih lanjut bagi membantu siasatan ke atas kes ini.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan video itu lagi.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang menarik untuk dibaca menerusi pautan di bawah.

Kecewa Terima Ayam KFC Bersaiz Paket Sos Cili, Luahan Lelaki Ini Curi Tumpuan Netizen

Curi Bekalan Elektrik, Pondok Buruk Di Miri Ini Dijadikan ‘Sarang’ Lombong 44 Mesin Kriptowang

‘3 Biji Hanya RM150’- Netizen Terkejut Durian Duri Hitam Dijual Murah Di Singapura