Pengangkutan awam seperti bas, LRT, MRT dan sebagainya menjadi medium pengangkutan pilihan bagi warga kota. Bukan sahaja dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu membayar tol, dan minyak serta dapat menjimatkan masa daripada menghadap kesesakan lalu lintas.

Bercakap tentang pengangkutan awam, kemudahan yang disediakan juga sangat baik dan mesra pengguna. Akan tetapi, kemudahan yang digunakan seperti tidak diberikan keutamaan kepada mereka yang memerlukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, Rapid KL berkongsi sekeping gambar yang memaparkan realiti pengguna dimana kemudahan yang sepatutnya diberi keutamaan kepada mereka yang kurang upaya, dan warga tua ‘dicabuli’ oleh pengguna lain yang sihat dan lengkap anggota badan.

Anda seharusnya peka dengan keadaan sekeliling dimana terdapat orang yang memerlukan untuk menggunakan kemudahan tersebut. Adakah anda tahu siapa yang anda perlu beri keutamaan untuk menggunakan lif?

Benar, anda harus beri keutamaan kepada warga emas, ibu mengandung, OKU dan ibu yang membawa bayi. Adakah susah untuk memberi keutamaan kepada mereka? Tepuk dada, tanyalah hati sendiri.

Perkongsian daripada Rapid KL mendapat perhatian netizen dan ada sebahagian netizen melahirkan rasa kecewa dengan sikap yang ditonjolkan oleh rakyat Malaysia yang tiada rasa bertolak ansur. Malah, ada yang berkongsi cerita bagaimana dia tidak dapat menikmati kemudahan tersebut walaupun ketika itu dia sedang hamil.

Screenshot 2019-08-28 at 3.12.38 PM

Screenshot 2019-08-28 at 3.13.14 PM

Mungkin dengan perkongsian ini akan menyedarkan anda yang tidak bersikap bertimbang rasa untuk peka dengan keadaan sekeliling dan memudahkan mereka yang memerlukan. Untuk artikel yang lebih menarik, boleh klik pautan di bawah. 

Tambang Ke KLIA Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM10

10 Etika Menaiki MRT Supaya Kita Jadi Warga Berkelas Dunia

Sumber